19 September 2026 (Sabtu) | Dataran Belia Kampung Bukit Sungai Putih
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini telah menyempurnakan Pelancaran Kampung Angkat MADANI MPM, iaitu Kampung Bukit Sungai Putih, Ampang Jaya. Pada majlis ini juga telah diadakan Sambutan Hari Malaysia 2026 yang berlangsung di Dataran Belia, Kampung Bukit Sungai Putih./p>
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, YB Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Al-Hadad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, yang turut menyaksikan pelancaran Program Kampung Angkat MADANI 2026./p>
Turut hadir, Yang Dihormati Tuan Daing Muhammad Reduan bin Bachok, Pegawai Khas kepada Dato’ Menteri Besar Selangor; Yang Dihormati Ts. Haji Hasrolnizam bin Shaari, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ); serta Yang Dihormati Tuan Badrul Hisham bin Abdullah, Ketua Eksekutif, MPM./p>
Turut sama hadir ialah barisan pengurusan MPM, ketua-ketua bahagian dan unit MPM, wakil agensi serta komuniti setempat, termasuk kepimpinan Kampung Bukit Sungai Putih./p>
Dalam majlis tersebut, Tuan Badrul Hisham bin Abdullah, Ketua Eksekutif, MPM telah menyampaikan ucapan berkaitan peranan MPM dalam pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI, sebelum acara diteruskan dengan gimik pelancaran, Signing Ceremony serta penyerahan mock cheque kepada ketua kampung./p>
Program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan sempena Sambutan Hari Malaysia, termasuk pameran dan aktiviti pertandingan mewarna kategori kanak-kanak, demonstrasi keselamatan kebakaran, saringan kesihatan percuma, pameran antidadah dan pencegahan denggi, jualan komuniti setempat serta kuiz kenegaraan./p>
Pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI ini mencerminkan komitmen MPM dalam memperkukuh hubungan bersama komuniti setempat serta menyokong usaha pembangunan dan kesejahteraan masyarakat secara berterusan yang dianjurkan oleh kerajaan hari ini./p>
Selamat Hari Malaysia 2026!/p>
#MajlisPeperiksaanMalaysia #MPM #KampungAngkatMADANI2026 #HariMalaysia2026 #MalaysiaMADANI #Komuniti/p>