Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengadakan Mesyuarat Majlis Peperiksaan Malaysia Bil. 3/2026 (Ke-175) pada 15 September 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Peperiksaan Malaysia.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris merangkap Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, bersama-sama ahli-ahli Majlis bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pengurusan, pentadbiran serta pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab MPM.
Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh tadbir urus serta memastikan setiap perkara berkaitan pengurusan dan pelaksanaan fungsi MPM dapat diteliti secara menyeluruh.
Semoga mesyuarat ini terus memperkukuh tadbir urus, kecekapan pengurusan serta kualiti penyampaian perkhidmatan MPM, seterusnya memastikan pelaksanaan pentaksiran yang adil, telus, berintegriti dan berkualiti demi kepentingan calon serta sistem pendidikan negara.
#mpm #menjanapentaskiranjitu #mesyuaratmajlis