Port Dickson, 11 September 2026 – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah menganjurkan Mesyuarat Antara Majlis Peperiksaan Malaysia dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kali Ke-85 yang berlangsung dari 9 hingga 11 September 2026 di Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Ketua Eksekutif MPM.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan/Ketua Penolong Pengarah serta Pegawai Meja STPM dan MUET, Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan dari seluruh Jabatan Pendidikan Negeri.
Mesyuarat menjadi platform perbincangan dan penyelarasan antara MPM dengan Jabatan Pendidikan Negeri berkaitan pengendalian peperiksaan STPM, MUET serta peperiksaan lain yang dikendalikan oleh MPM. Perbincangan ini meliputi aspek pengurusan, penyelarasan pelaksanaan serta perkara-perkara berkaitan bagi memastikan proses kerja dapat dilaksanakan dengan lebih jelas, teratur dan berkesan.
Semoga mesyuarat ini terus menjadi wadah dalam memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara MPM dengan Jabatan Pendidikan Negeri, seterusnya menyumbang kepada kelancaran pengurusan peperiksaan demi kepentingan calon dan semua pihak yang terlibat.
#mpm #menjanapentaksiranjitu #MPMJPN