W3C

W3C

Color Theme: red  green  blue
Font Size:
A- A A+
Font Type:
Home Berita Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik STPM, MUET, Dan SKBMW 2025

18 Jun 2026 (Khamis) – Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik STPM, MUET, dan Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Malaysia (SKBMW) Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan.

Majlis ini merupakan pengiktirafan kepada pelajar-pelajar cemerlang yang telah menunjukkan prestasi luar biasa dalam peperiksaan kendalian Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Seramai 18 Pelajar Terbaik Kebangsaan STPM 2025 telah menerima anugerah berupa wang tunai RM1000, plak, dan sijil penghargaan daripada MPM merangkumi kategori Aliran Sains, Aliran Sains Sosial, Orang Asli, dan Calon Berkeperluan Pendidikan Khas.

Turut diraikan ialah penerima anugerah Pelajar Terbaik MUET dan SKBMW, selain pengiktirafan kepada 16 Kolej Tingkatan Enam Terbaik dan 16 Pusat Tingkatan Enam Terbaik (Mod 2 dan Mod 3) Kebangsaan STPM 2025. Selain itu, sebuah Pusat Tingkatan Enam Terbaik Kebangsaan STPM 2025 bagi Kategori Lonjakan Prestasi Terbaik turut menerima pengiktirafan pencapaian cemerlang yang ditunjukkan.

Anugerah khas turut disampaikan kepada pelajar cemerlang bagi mata pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Cina, dan Bahasa Tamil.

MPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan penaja yang telah menyumbang kepada kejayaan majlis ini, iaitu Universiti Awam, Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO), Management and Science University (MSU), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persatuan Sejarah Malaysia, Persatuan Kemajuan Bahasa Cina Malaysia, Persatuan Antarabangsa Penyelidikan Tamil Malaysia, Co-opbank Pertama dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia.

Tahniah kepada semua penerima anugerah atas kecemerlangan yang telah dicapai. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi pelajar yang akan datang untuk terus mengejar kecemerlangan dalam pendidikan.

#MPM #STPM2025 #MUET #SKBMW #MenjanaPentaksiranJitu #PelajarTerbaik #PendidikanMalaysia

Candidates
Public
JPN