W3C

W3C

Color Theme: red  green  blue
Font Size:
A- A A+
Font Type:
Home Berita Bengkel Training Needs Analysis (TNA) Majlis Peperiksaan Malaysia

Pada 2 Oktober 2025 (Khamis), Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menganjurkan BENGKEL TRAINING NEEDS ANALYSIS (TNA) bertempat di Auditorium MPM. Bengkel ini telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Ab Rahman bin Ibrahim dari MAGiC Edutainment Energy.

Penganjuran bengkel ini merupakan langkah strategik MPM dalam memperkukuh pembangunan kompetensi warga kerja melalui pendekatan sistematik dalam mengenal pasti jurang kemahiran serta merangka keperluan latihan yang sejajar dengan visi, misi dan hala tuju strategik organisasi.

Melalui inisiatif ini, MPM terus komited dalam memastikan keberkesanan pembangunan modal insan, memperkasakan warga kerja, serta memperkukuh peranan organisasi dalam melaksanakan tanggungjawab pengurusan peperiksaan negara dengan cemerlang dan berintegriti.

Turut hadir, YBrs. Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Ketua Eksekutif MPM, bersama barisan Ketua Bahagian dan Unit serta kakitangan MPM.

#MPM #TRAININGNEEDSANALYSIS #PEMBANGUNANKOMPETENSI #MODALINSAN

Candidates
Public
JPN