W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Berita Majlis Penyerahan Surat Tajaan Yuran Pengajian Ijazah Sarjana Muda Kepada Pelajar Terbaik Kebangsaan STPM 2025

7 September 2026 | Putrajaya — Majlis Penyampaian Tajaan Yuran Pengajian kepada 28 Pelajar Terbaik Kebangsaan STPM 2025 telah berlangsung dengan jayanya sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap kecemerlangan pelajar STPM serta sokongan berterusan dalam memastikan mereka dapat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi, dan turut dihadiri oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), serta wakil-wakil Universiti Awam yang terlibat. Seramai 28 pelajar terbaik kebangsaan STPM 2025 daripada 18 Universiti Awam menerima tajaan dalam bentuk yuran pengajian bagi meneruskan pengajian mereka.

Penganjuran majlis ini bertujuan mengiktiraf pencapaian pelajar terbaik STPM di samping memperlihatkan keyakinan dan pengiktirafan institusi pendidikan tinggi terhadap kualiti serta potensi lepasan STPM. STPM bukanlah pilihan terakhir, sebaliknya merupakan laluan perdana dan pilihan utama ke pendidikan tinggi yang menyediakan asas akademik yang kukuh untuk pelajar melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang.

Tahniah semua pelajar yang menerima tajaan dan semua Universiti Awam yang menaja yuran pengajian pelajar tersebut.

Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai pelajar lepasan SPM untuk memilih STPM dengan penuh keyakinan serta menjadikan kejayaan 28 penerima tajaan sebagai inspirasi untuk terus mencipta kecemerlangan di peringkat universiti. MPM turut berharap para penerima akan melangkah lebih jauh sebagai graduan yang job-ready dan future-ready, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

Turut hadir, Naib-naib Canselor Universiti Awam, Pengurusan Tertinggi KPT, Pengurusan Tertinggi KPM dan Ketua Eksekutif MPM pada majlis ini.

#MPM #menjanapentaksiranjitu #STPM2025 #STPM #KPT #LaluanPerdana #PilihanUtama #KecemerlanganAkademik

Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN