W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Berita Mesyuarat Majlis Peperiksaan Malaysia Bil. 2/2026 (Ke-174)

19 Jun 2026 (Khamis) - Mesyuarat Majlis Peperiksaan Malaysia Bil. 2/2026 (Ke-174) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Majlis Peperiksaan Malaysia.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia merangkap Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mesyuarat ini telah membincangkan pelbagai perkara penting berkaitan hala tuju, tadbir urus, serta pengukuhan peranan MPM dalam memastikan sistem pentaksiran negara kekal relevan, berkualiti, dan berintegriti.

Langkah ini membuktikan MPM sentiasa komited untuk memperkasakan sistem pentaksiran serta memperluas jaringan kerjasama strategik demi memenuhi keperluan pendidikan dan profesional, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

#mpm #menjanapentaksiranjitu #mesyuaratmajlis

Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN