W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Berita Mesyuarat Antara Majlis Peperiksaan Malaysia Dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kali Ke-84

6 Oktober 2025 (Kuala Terengganu) - Majlis Peperiksaan Malaysia telah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah menganjurkan Mesyuarat Antara Majlis Peperiksaan Malaysia dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kali Ke-84 yang berlangsung mulai 6 hingga 8 Oktober 2025 di Kuala Terengganu, Terengganu. Mesyuarat ini membincangkan mengenai penyelarasan dan pengoperasian peperiksaan/ujian yang dikendalikan oleh MPM secara teperinci bersama seluruh JPN agar memastikan segala prosuder kerja dipatuhi dan dilaksanakan dengan baik.

Semoga dengan penyelarasan ini dapat meningkatkan lagi mutu kerja dan pengurusan dari peringkat MPM sehingga ke peringkat negeri demi melaksanakan kualiti pengendalian peperiksaan yang baik.

Telah hadir YBrs. Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Ketua Eksekutif MPM bersama barisan pengurusan MPM, KPP/KPPK Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan dari seluruh negeri, Pegawai Meja MUET dan STPM, dan seluruh PPD Negeri Terengganu.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir serta bersama-sama dalam mesyuarat kali ini.

#mpm #menjanapentaksiranjitu #MPMJPN

Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN