W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Berita Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Majlis Peperiksaan Malaysia Tahun 2026

15 September 2026 (Selasa) - Majlis Peperiksaan Malaysia telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Tahun 2026 bertempat di Dewan Besar MPM.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Badrul Hisham bin Abdullah, Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia dan turut dihadiri oleh semua pengurusan tertinggi MPM serta kakitangan MPM.

Sambutan ini menjadi wadah untuk menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh jati diri serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga MPM bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Pelbagai pengisian telah diadakan termasuk gimik perasmian, penyampaian hadiah, jamuan serta Kuiz Kemerdekaan yang turut memeriahkan suasana sambutan.

Semoga semangat kemerdekaan dan kecintaan terhadap negara terus menjadi pemangkin kepada seluruh warga MPM untuk bersama-sama melaksanakan amanah dengan penuh integriti, dedikasi dan tanggungjawab demi perkhidmatan awam dan negara.

Turut hadir, Yang Berusaha Encik Ahmad Kamal bin Haji Abdul Hadi, Timbalan Ketua Eksekutif 1, Yang Berusaha Puan Sharifah Norsana binti Syed Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif 2, Encik Muhamad Azlan bin Bolki, Pengerusi BKKSK, serta barisan Ketua Bahagian dan Ketua Unit MPM.

#mpm #menjanapentaksiranjitu #harimerdeka #harimalaysia

Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN