W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  green  blue
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Berita Mesyuarat Takwim, Sasaran Kerja Tahunan (SKT), dan Bajet Tahun 2026 Majlis Peperiksaan Malaysia

30 Oktober 2025 (Khamis) - Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Takwim, Sasaran Kerja Tahunan (SKT), dan Bajet Tahun 2026 bertempat di Hotel Raia, Pulau Pinang.

Mesyuarat yang dihadiri oleh semua Ketua Bahagian dan Ketua Unit MPM itu bertujuan untuk menyelaraskan perancangan strategik serta memastikan pelaksanaan program dan aktiviti bagi tahun 2026 dapat dijalankan dengan lebih tersusun, efisien yang selaras dengan hala tuju organisasi.

Mesyuarat turut memberi tumpuan kepada penyediaan bajet yang berhemah serta penetapan sasaran kerja yang realistik dan berimpak tinggi demi memperkukuh peranan Majlis Peperiksaan Malaysia sebagai badan pentaksiran yang disegani di Malaysia dan antarabangsa.

#mpm #menjanapentaksiranjitu

Calon Peperiksaan
Orang Awam
JPN