STPM Terminal STPM Terminal

Jadual Waktu Peperiksaan

Muat turun Jadual Waktu Peperiksaan STPM 2012

Sukatan Pelajaran

  1. 900 Pengajian Am
  2. 910 Bahasa Malaysia
  3. 911 Bahasa Cina
  4. 912 Bahasa Tamil
  5. 913 Bahasa Arab
  6. 920 Literature In English
  7. 922 Kesusasteraan Melayu
  8. 930 Syariah
  9. 931 Usuluddin
  10. 940 Sejarah
  11. 942 Geografi
  12. 944 Ekonomi
  13. 946 Pengajian Perniagaan
  14. 948 Perakaunan
  15. 950 Mathematics S
  16. 954 Mathematics T
  17. 956 Further Mathematics T
  18. 958 Computing
  19. 960 Physics
  20. 962 Chemistry
  21. 964 Biology
  22. 966 Sains Sukan
  23. 970 Seni Visual

Peraturan dan Skema Peperiksaan

  1. Muat turun Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2012
  2. Muat turun Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2011
  3. Muat turun Peraturan dan Skema Peperiksaan STPM 2010

Tukar/Tambah/Gugur Mata Pelajaran

  1. Jika seseorang calon telah mendaftar untuk sesuatu kertas atau mata pelajaran, tetapi ingin menukar kertas/mata pelajaran itu dengan yang lain selepas pendaftaran ditutup, bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakan.
  2. Bagi calon yang ingin menambah mata pelajaran yang telah didaftarkan, bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakan di samping bayaran sebanyak RM35.00 bagi setiap mata pelajaran yang ditambah.
  3. Calon yang ingin menukar kertas atau mata pelajaran atau menambah mata pelajaran perlu mengisi borang STPM/K14 yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia.
  4. Untuk mendapatkan borangSTPM/K14, klik disini.

 

Perpindahan Pusat Peperiksaan

  1. Perpindahan dari satu pusat peperiksaan ke satu pusat peperiksaan yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah. Pemohon hendaklah melengkapkan borang  Permohonan Perpindahan Pusat Peperiksaan (STPM/K14) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri.
    Tarikh tutup permohonan perpindahan pusat ialah 29 Jun 2012.Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
  2. Bayaran perpindahan pusat peperiksaan ialah RM50.00 dan dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan.
  3. Calon yang telah diluluskan perpindahan pusat peperiksaan mestilah mengambil peperiksaan di pusat yang baharu dengan menggunakan nombor pusat dan angka giliran yang baharu (LPKC baharu).
  4. Calon yang memohon perpindahan pusat peperiksaan hendaklah menyemak status permohonan mereka melalui laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya pada 17 September 2012. Calon hendaklah menghubungi Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri atau Majlis Peperiksaan Malaysia jika nama calon tiada dalam senarai status dengan kadar SEGERA.
    Untuk mendapatkan borangSTPM/K14, klik disini.

Kegunaan JPN/PPD/Sekolah/Institusi

  1. Panduan Pendaftaran Calon STPM 2012 - STPM/D1
  2. Borang Rekod Kerja Kursus Calon - STPM/970/3.2
  3. Borang Laporan Pemeriksaan Semula Skrip Jawapan - PS/9

Sijil STPM

  1. Calon sekolah hendaklah mengambil sijil STPM mereka dari sekolah masing-masing, manakala calon sekolah swasta dan calon persendirian individu dari Jabatan Pelajaran Negeri.
  2. Calon diberi tempoh masa 12 bulan selepas keputusan peperiksaan diumumkan untuk mengambil sijil. Selepas tempoh tersebut, pihak sekolah atau Jabatan Pelajaran Negeri akan menghantar balik sijil-sijil yang tidak dituntut ke Majlis Peperiksaan Malaysia. Calon yang ingin mendapatkan sijil selepas tempoh tersebut hendaklah berurus terus dengan Majlis Peperiksaan Malaysia dan akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Permohonan hendaklah disertai salinan slip keputusan peperiksaan STPM (jika ada), salinan kad pengenalan dan sampul surat beralamat sendiri berukuran 38cm x 26cm yang bersetem RM2.00 berserta Pos Daftar (Bar Code) bernilai RM2.20. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG TUNTUTAN SIJIL STPM.
  3. Calon yang kehilangan sijil STPM boleh memohon kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan penyata keputusan yang disahkan atau salinan sijil. Permohonan melalui pos hendaklah disertai salinan kad pengenalan yang disahkan oleh Pengetua atau Pegawai Kumpulan A.
    1. Bagi permohonan mendapatkan penyata keputusan, caj sebanyak RM20.00 akan dikenakan bagi permohonan kali pertama, RM30.00 bagi permohonan kali kedua, dan RM50.00 bagi permohonan kali ketiga.  Bayaran hendaklah dibuat dengan Kiriman Wang atau Wang Pos atas nama Ketua Eksekutif Majlis  Peperiksaan Malaysia. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon penyata keputusan peperiksaan STPM/Ujian MUET.
    2. Bagi permohonan mendapatkan salinan sijil, calon akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Untuk mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon salinan sijil STPM.
  4. Calon yang ingin mendapatkan transkrip STPM dalam versi bahasa Inggeris hendaklah mengemukakan perkara-perkara yang berikut:
    1. Surat atau borang permohonan transkrip sijil yang menyatakan alamat universiti luar negara yang dipohon. Untuk   mendapatkan borang, sila klik BORANG memohon transkrip sijil STPM.
    2. Bayaran perkhidmatan RM50.00 bagi setiap satu transkrip.
    3. Salinan slip keputusan atau salinan sijil STPM.
  5. Transkrip tersebut akan dihantar terus oleh Majlis Peperiksaan Malaysia ke universiti berkenaan tanpa melalui calon. Walau bagaimanapun, salinan surat penghantaran transkrip ke universiti terlibat akan dihantar kepada calon.