Calon Peperiksaan


Pengenalan Registered Financial Planner (RFP) Capstone

Pengenalan

Malaysian Financial Planning Council (MFPC) telah memperkenalkan RFP Capstone Programme, iaitu program laluan pintas yang melibatkan program intensif selama enam hari. Ianya diperkenalkan sejajar dengan Dasar Pelan Tindakan Ekonomi Baru Malaysia yang ingin meningkatkan kumpulan tenaga manusia yang terlatih dan berpendidikan di Malaysia untuk menyelesaikan masalah keperluan yang kritikal berhubung dengan Perancang Kewangan Islam yang bertauliah dalam meletakkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam. Program ini terbuka kepada Eksekutif Atasan dan Pengawal - Pengawal Selia dalam Industri Perkhidmatan Kewangan, contohnya Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Keselamatan, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Institut Perkhidmatan Kewangan dan Institut Pengajian Tinggi. Calon yang berjaya menamatkan program ini dengan cemerlang akan dianugerahkan gelaran RFP.

 

Objektif

Objektif RFP Capstone Programme ialah untuk menambah bilangan Perancang Kewangan Profesional dalam Pasaran Modal atau Capital Market, menyediakan kelayakan yang akan melengkapkan calon dengan pemahaman yang komprehensif dan praktikal tentang perancangan kewangan, mengemaskinikan calon dengan kaedah-kaedah perancangan kewangan yang inovatif dan terkini, serta meningkatkan tahap kecelikan dalam bidang Perancangan Kewangan.

 

Kelebihan Mendapat Kelayakan dan Pengiktirafan RFP

Calon mendapat pengiktirafan daripada Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Keselamatan untuk menjalankan kerja-kerja sebagai seorang Penasihat Kewangan secara sah. Dan sebagai seorang Ordinary Member di MFPC, mereka juga layak untuk menikmati keistimewaan seperti diskaun untuk seminar, langganan majalah Financial 1st secara percuma, dan banyak lagi.  

 

Keperluan Kemasukan ke Program RFP Capstone

i.  Minimum tiga (3) tahun pengalaman bekerja sepenuh masa dalam industri berkaitan kewangan, DAN

ii.  RFP, CFP, CIFP (Part 1); atau

iii. Ahli kepada MIA, MICPA, CPA (Aust.), ACCA, LLB Shariah, Bar Council, ICSA, MAICSA, CIMA; atau

iv. Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, atau Ph.D yang berkenaan

           

Kaedah Penilaian

Calon perlu menduduki peperiksaan yang terdiri daripada 100 soalan aneka pilihan (MCQ) dan perlu membuat kertas projek berkenaan Financial Plan.