Calon Peperiksaan


Shariah Registered Financial Planner (RFP) Capstone

Pengenalan

Malaysian Financial Planning Council (MFPC) telah memperkenalkan Shariah RFP Capstone Programme, iaitu program laluan pintas yang melibatkan program intensif selama enam hari. Ianya diperkenalkan sejajar dengan Model Ekonomi Baru Malaysia yang ingin meningkatkan kumpulan tenaga manusia yang terlatih dan berpendidikan di Malaysia untuk menyelesaikan masalah keperluan yang kritikal berhubung dengan Perancang Kewangan Islam yang bertauliah dalam meletakkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam. Program ini terbuka kepada doktor, akauntan, peguam atau ahli akademik untuk menjadi Perancang Kewangan Islam yang diiktiraf.  Calon yang berjaya menamatkan program ini dengan cemerlang akan dianugerahkan gelaran Shariah RFP.

 

Objektif

Objektif Shariah RFP Capstone Programme ialah untuk menambah bilangan pakar dalam Pasaran Modal Islam atau Islamic Capital Market, meningkatkan kefahaman tentang pengaruh Shariah dalam konteks perniagaan, menyediakan calon untuk memegang kedudukan penting dalam industri kewangan Islam dan takaful, menyediakan satu penanda aras antarabangsa yang dapat melengkapkan calon dengan pengetahuan terhadap perancangan kewangan Islam,  memperkenalkan produk dan perkhidmatan Islam yang inovatif dan berdaya saing, meningkatkan kesedaran terhadap Perancangan Kewangan Islam Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa, dan mewujudkan kerjasama strategik antara Malaysia dengan negara-negara Islam yang lain.

 

Kelebihan Mendapat Kelayakan dan Pengiktirafan Shariah RFP Capstone Programme

Calon mendapat pengiktirafan daripada Bank Negara Malaysia untuk menjalankan kerja-kerja sebagai seorang Penasihat Kewangan secara sah. Dan sebagai seorang Ordinary Member di MFPC, mereka juga layak untuk menikmati keistimewaan seperti diskaun untuk seminar, langganan majalah Financial 1st secara percuma, dan banyak lagi.

 

Keperluan Kemasukan ke Program Shariah RFP Capstone Programme

i.  Minimum tiga (3) tahun pengalaman bekerja sepenuh masa dalam industri berkaitankewangan, DAN

ii.  RFP, CFP, CIFP (Part 1); atau

iii. Ahli kepada MIA, MICPA, CPA (Aust.), ACCA, LLB Shariah, Bar Council, ICSA, MAICSA, CIMA; atau

iv. Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, atau Ph.D yang berkenaan

           

Kaedah Penilaian

Calon perlu menduduki peperiksaan yang terdiri daripada 75 soalan aneka pilihan (MCQ) dan perlu membuat kertas projek berkenaan Financial Plan.