Calon Peperiksaan


Shariah Registered Financial Planner (Shariah RFP)

Pengenalan

Sebagai sebuah badan peperiksaan yang berwibawa dan berpengalaman mengendalikan pelbagai bentuk peperiksan  yang meliputi penilaian akademik, kompetensi, dan psikometrik, Majlis Peperiksaan Malaysia telah diberikan kepercayaan oleh Malaysian Financial Planning Council (MFPC) mengendalikan peperiksaan Shariah Registered Financial Planner (Shariah RFP).

 

Shariah RFP adalah satu program yang ditawarkan oleh MFPC bagi memenuhi agenda negara yang mahu menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam dengan menambah bilangan pakar dalam Pasaran Modal Islam atau Islamic Capital Market, meningkatkan kefahaman tentang pengaruh Shariah dalam konteks perniagaan, menyediakan calon untuk memegang kedudukan penting dalam industri kewangan Islam dan takaful, menyediakan satu penanda aras antarabangsa yang dapat melengkapkan calon dengan pengetahuan terhadap perancangan kewangan Islam,  memperkenalkan produk dan perkhidmatan Islam yang inovatif dan berdaya saing, meningkatkan kesedaran terhadap Perancangan Kewangan Islam Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa, dan mewujudkan kerjasama strategik antara Malaysia dengan negara-negara Islam yang lain.

 

Modul Shariah RFP adalah seperti yang berikut:

 

            Modul 1:          Fundamentals of Shariah Financial Planning

            Modul 2:          Risk and Takaful Planning

            Modul 3:          Shariah Investment Planning

            Modul 4:          Tax Planning

            Modul 5:          Shariah Estate Planning

            Modul 6:          Retirement Planning

            Modul 7:          Application of Shariah Financial Planning

 

Kelebihan Mendapat Kelayakan dan Pengiktirafan Shariah RFP

Calon mendapat pengiktirafan daripada Bank Negara Malaysia untuk menjalankan kerja-kerja sebagai seorang Penasihat Kewangan secara sah. Dan sebagai seorang Ordinary Member di MFPC, mereka juga layak untuk menikmati keistimewaan seperti diskaun untuk seminar, langganan majalah Financial 1st secara percuma, dan banyak lagi.

 

Keperluan Kemasukan ke Program Shariah RFP

Calon perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) Kredit dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

           

Kaedah Penilaian

Calon perlu menduduki peperiksaan yang terdiri daripada 75 soalan aneka pilihan (MCQ) bagi Modul 1 hingga Modul 6. Manakala bagi Modul 7, calon dikehendaki menduduki peperiksaan yang terdiri daripada soalan esei dan perlu membuat kertas projek berkenaan Financial Plan.