Menarik Diri Dari Menduduki Peperiksaan

Penarikan Diri

(a)

Calon yang menarik diri daripada peperiksaan tidak akan dikembalikan yuran peperiksaannya kecuali bagi kes yang berikut:

 

(i)

calon yang sakit berpanjangan (surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan hendaklah dikemukakan)

 

(ii)

calon yang meninggal dunia (salinan surat Perakuan Kematian hendaklah dikemukakan oleh warisnya)

 

(iii)

calon yang diluluskan permohonannya untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) (salinan surat tawaran hendaklah dikemukakan oleh calon)

(b)

Calon yang ingin menarik diri daripada menduduki peperiksaan perlu mengisi borang STPM/K14 dapat diperoleh dan dicetak daripada laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

Untuk mendapatkan borang STPM/K14, klik disini.

Nota:

Jumlah yuran yang akan dikembalikan adalah tertakluk kepada keputusan Majlis Peperiksaan Malaysia.