Kadar Bayaran Ujian

(a) Bayaran untuk menduduki ujian MUET adalah seperti yang berikut:

Yuran pendaftaran

RM  40.00

Yuran mata pelajaran

RM  60.00

Jumlah

RM100.00

 

Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet. Maklumat lanjut sila layari www.mesp.gov.my/online.

Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.

 

(b) Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Slip Pendaftaran MUET (MUET/PP) untuk rujukan calon.