CaSIM

PENGENALAN

Selain daripada dua instrumen psikometrik yang dikenali sebagai Malaysian Educators Selection Inventory(MEdSI) dan Malaysian University Selection Inventory (MunSyI), terdapat dua instrumen psikometrik lain yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia iaitu (CaSIM I) dan (CaSIM II). MEdSI merupakan satu instrumen psikometrik untuk menyaring calon pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT dalam pelbagai program pendidikan di universiti sementara MunSyI merupakan satu instrumen psikometrik untuk menyaring calon pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia dalam pelbagai program pengajian.