CaSIM II

Apakah CaSIM II?

Career Selection Inventory for Malaysians(CaSIM II) merupakan satu instrumen psikometrik yang  diguna pakai untuk memilih calon penjawat awam dan swasta yang sesuai dan selaras dengan keperluan sesuatu pekerjaan.

 

Apakah Tujuan CaSIM II?

CaSIM II digunakan bagi memilih calon yang sesuai untuk memilih calon pekerja yang selaras dengan minat kerjaya, personaliti, kecerdasan emosi, nilai integriti, dan kemahiran insaniah calon. Dengan itu, instrumen CaSIM II dapat membantu melahirkan modal insan yang berkualiti yang menjadi teras kepada pembangunan negara untuk bersaing di peringkat global.

Instrumen CaSIM II dibangunkan untuk memperoleh maklumat berkaitan dengan kualiti intrinsik individu. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon yang sesuai bagi bidang pekerjaan yang ditawarkan. Secara khususnya, justifikasi penggunaan instrumen CaSIM II adalah seperti yang berikut:

  1. Membantu sektor pekerjaan mendapatkan calon yang paling sesuai berdasarkan "individu yang betul untuk pekerjaan yang betul" (the right person for the right job). Instrumen ini berupaya membezakan calon yang berpotensi untuk berjaya dalam bidang kerjaya yang dipilih.
  2. Membantu mengurangkan masalah dalaman yang timbul di sektor pekerjaan seperti masalah ponteng, rendah produktiviti, dan kurang motivasi hasil daripada konflik pemilihan bidang kerjaya.

 

Siapakah Yang Boleh Menduduki CaSIM II?

Calon yang ingin memasuki pasaran pekerjaan (yang memiliki kelayakan SPM, STPM, STAM, Matrikulasi, Diploma, Ijazah Pertama, Ijazah Lanjutan, dan sijil lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia). CaSIM II terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

 

Siapakah Yang Membangunkan CaSIM II?

CaSIM II dibangunkan oleh pakar perunding yang dilantik oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang terdiri daripada sekumpulan pakar bidang psikometrik dari enam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan serta terserlah kehebatan kepakaran mereka dengan terbinanya instrumen MEdSI dan MUnSyI yang sedang diguna pakai oleh KPT dan USM.

 

Apakah Kriteria Yang Dinilai?

Terdapat empat komponen yang dinilai dalam instrumen CaSIM I dan lima komponen yang dinilai dalam instrumen CASIM II seperti yang dalam jadual berikut.

 

Jadual 1 : Komponen Bilangan Item Bagi CaSIM I Dan CaSIM II.

 

Bahagian

Komponen

               Bilangan Item

CaSIM I

CaSIM II

A

Minat Kerjaya

120

60

B

Personaliti

110

110

C

Kecerdasan Emosi

40

40

D

Nilai Integriti

30

30

E

Kemahiran Insaniah

-

70

 

Siapakah Yang Membangunkan CaSIM I dan CaSIM II?

CaSIM II dibangunkan oleh pakar perunding yang dilantik oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang terdiri daripada sekumpulan pakar bidang psikometrik dari enam Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan serta terserlah kehebatan kepakaran mereka dengan terbinanya instrumen MEdSI dan MUnSyI yang sedang diguna pakai oleh KPT dan USM.