Tukar/Tambah/Gugur Mata Pelajaran

 

Menukar Kertas Atau Mata Pelajaran Atau Menambah Mata Pelajaran

(a)

Jika seseorang calon telah mendaftar untuk sesuatu kertas atau mata pelajaran, tetapi ingin menukar kertas/mata pelajaran itu dengan yang lain selepas pendaftaran ditutup, bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakan.

(b)

Bagi calon yang ingin menambah mata pelajaran yang telah didaftarkan, bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakan di samping bayaran sebanyak RM35.00 bagi setiap mata pelajaran yang ditambah.

(c)

Calon yang ingin menukar kertas atau mata pelajaran atau menambah mata pelajaran perlu mengisi borang STPM/K14 yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

Untuk mendapatkan borangSTPM/K14, klik disini.