Surat pekeliling JPA

 

[JPA.(SULIT)324/7/19(33).]

Siri    No.    0013

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1983

 

Tuan,

KELAYAKAN SIJIL  TINGGI  PERSEKOLAHAN MALAYSIA BAGI MAKSUD PERLANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN

Adalah saya diarah memaklumkan bahawa mulai daripada tahun 1982 Kerajaan telah mengendalikan sepenuhnya peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mengikut cara sistem terbuka. Dengan itu juga Peperiksaan STP/HSC yang mengeluarkan Sijil Penuh (Full Certificate) dan sijil Kenyataan (Statement) telah dimansuhkan dan digantikan dengan peperiksaan STPM yang baru. Sebagaimana yang tuan sedia maklum bahawa Sijil Tinggi Persekolahan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan adalah merupakan kelayakan masuk minima yang ditetapkan dalam skim-skim perkhidmatan Kumpulan B.

 

2.

Dalam peperiksaan STPM yang baru sistem penggredan matapelajaran adalah sama seperti penggredan dalam peperiksaan STP/HSC Cambridge iaitu berasaskan Gred A, B, C, D, E, R dan F. Peringkat kelulusan berasaskan gred ini ialah:

 

(a)

Gred A hingga E menunjukkan kelulusan penuh (full pass) bagi sesuatu matapelajaran di mana Gred A adalah kelulusan penuh yang terbaik dalam sesuatu matapelajaran manakala Gred E adalah kelulusan penuh yang terendah bagi sesuatu matapelajaran;

(b)

Gred R menunjukkan kelulusan sebahagian (intermediate pass) dalam sesuatu matapelajaran. Dalam peperiksaan STP/HSC dahulu gred ini ialah Gred O iaitu kelulusan Subsidiary;

(c) Gred F menunjukkan kegagalan dalam sesuatu matapelajaran.

 

Calon-calon yang lulus walaupun dalam satu matapelajaran sahaja adalah berhak mendapat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

3.

Memandangkan terdapat banyak skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk minima STP/HSC dan Peperiksaan STP/HSC pula telah dimansuhkan, maka kelulusan STPM yang dapat dianggap sebagai  setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh STP/HSC bagi maksud perlantikan ke dalam Perkhidmatan Kerajaan adalah seperti berikut:

(a)

Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Kertas Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

(b)

Lulus 2 matapelajaran dan lulus Kertas Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU

(c)

Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Kertas Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

(d)

Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Kertas Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

Pemohon-pemohon yang tidak memiliki salah satu daripada kelulusan di atas adalah tidak layak dipertimbangkan untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan STP/HSC atau kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan sebelum ini.

4.

Sukacita juga dimaklumkan bahawa kelayakan Sijil Penuh STP/HSC atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan masih lagi diiktiraf bagi maksud perlantikan ke jawatan-jawatan Kumpulan B dalam Perkhidmatan Awam.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

            t.t
(NIK MUSA BIN HAJI NIK ABDULLAH)
Bahagian Perjawatan,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia.

29hb Mac, 1983

Semua Ketua Setiausaha Kementerian

Semua Ketua Jabatan Persekutuan

Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Jalan Cenderasari,
Kuala Lumpur.

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran,
Jalan Cenderawasih,
Kuala Lumpur.

Setiausaha,
Suruhanjaya Polis Di-Raja Malaysia,
Jalan Dato' Onn,
Kuala Lumpur.

Urusetia,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan,
Cawangan Sabah,
Tingkat 1, Bangunan Natikar,
Jalan Padang,
Kota Kinabalu,
Sabah.

Urusetia,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan,
Cawangan Sarawak,
Tingkat 4, Bangunan Tun Datu' Patinggi Tungku Haji Bujang,
Simpang 3,
Kuching,
Sarawak.

Semua Pihak Pengurusan Badan-badan Berkanun

Semua Pihak Pengurusan Kuasa-kuasa Tempatan

s.k.

  Pegawai Perjawatan Persekutuan,
Kuching,
Sarawak
  Pegawai Perjawatan Persekutuan,
Kota Kinabalu,
Sabah

 

 

Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia,
Tingkat 9-14 & 16, Bangunan UMBC, Jalan Sulaiman, Kuala Lumpur 01-33
Telefon: 208144 Alamat Telegraf "Festoff Kuala Lumpur"

DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA, KUALA LUMPUR

75877—12-4-83


 

 

[JPA.(SULIT)324/1/1-3/(49)]

Siri    No.   6527

 KERAJAAN SERI PADUKA BAGINDA
MALAYSIA

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 6 TAHUN 1986

 

PINDAAN KEPADA SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BIL. 2 TAHUN 1983 MENGENAI KELAYAKAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA BAGI MAKSUD PERLANTIKAN KE DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN

Adalah saya diarah memaklumkan iaitu mulai dari tahun 1987, Majlis Peperiksaan Malaysia akan meminda matapelajaran Kertas Am dalam peperiksaan STPM dan namanya akan ditukarkan kepada Pengajian Am serta taraf matapelajaran ini diperingkatkan kepada peringkat "Principal".

 

2.

Selaras dengan perubahan itu nanti, pecahan (a), (b), (c) dan (d) sahaja pada perenggan 3 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1983 adalah dimansuh dan digantikan dengan perenggan baru seperti berikut:

 

"3.1

Bagi Peperiksaan STPM Sehingga 1986:

 

 

(a)

Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Kertas Am dalam satu  peperiksaan STPM; ATAU

(b)

Lulus 2 matapelajaran dan lulus Kertas Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU

(c)

Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Kertas Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

(d)

Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Kertas Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

  3.2 Bagi Peperiksaan STPM Mulai 1987:
   
(a)

Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

(b)

Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU

(c)

Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

(d)

Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut".

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

 

                           t.t

DATUK ZAHARI BIN ABD. RASHID
Bahagian Perjawatan,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,
Malaysia

16hb September, 1986.

Semua Ketua Setiausaha Kementerian.
Semua Ketua Jabatan Persekutuan.
Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri.

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Jalan Cenderasari,
Kuala Lumpur.

Setiausaha,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran,
Jalan Cenderawasih,
Kuala Lumpur.

Setiausaha,
Suruhanjaya Polis Di Raja Malaysia,
Jalan Dato' Onn,
Kuala Lumpur.

Urusetia,
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan,
Cawangan Sabah,
Tingkat 1, Bangunan Natikar,
Jalan Padang,
Kota Kinabalu,
Sabah.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Tingkat 3-13 Dan 15,
Wisma Bernama,
Jalan Tun Razak,
50510 Kuala Lumpur.

Ruj.Kami: JPA.324/7/46/Klt.2/0(50)
Tarikh    :  9 September 1988        

Setiausaha,
Urusetia,
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,
Tingkat 21, 32 & 33, Menara Dato' Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Jalan Tun Ismail,

50526 KUALA LUMPUR.
(up/: Encik Muhammad bin Sheikh Abdullah Al-Amudi)

Tuan,
Pengesahan Mengenai Lulus Sebahagian (R) Dalam Pengajian Am - Peperiksaan STPM
 
Saya adalah diarah merujuk kepada surat tuan SPP.20/4/18/(70) bertarikh 24 Ogos 1988 mengenai perkara di atas.

 

2.

Sukacita Jabatan ini mengesahkan bahawa lulus sebahagian matapelajaran Pengajian Am adalah dikira sebagai telah lulus kertas tersebut untuk maksud lantikan ke perkhidmatan kerajaan Kumpulan B dan A.

 

Sekian terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"CINTAI BAHASA KITA"

Saya yang menurut perintah,

               t.t
(JAMALUDIN BIN YAHAYA)
Bahagian Perjawatan,
b.p. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam