Perpindahan Pusat Peperiksaan

 

(a)

Perpindahan dari satu pusat peperiksaan ke satu pusat peperiksaan yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah. Pemohon hendaklah melengkapkan borang  Permohonan Perpindahan Pusat Peperiksaan (STPM/K14) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri.

Tarikh tutup permohonan perpindahan pusat ialah 29 Jun 2012.Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

(b)

Bayaran perpindahan pusat peperiksaan ialah RM50.00 dan dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan.

(c)

Calon yang telah diluluskan perpindahan pusat peperiksaan mestilah mengambil peperiksaan di pusat yang baharu dengan menggunakan nombor pusat dan angka giliran yang baharu (LPKC baharu).

(d)

Calon yang memohon perpindahan pusat peperiksaan hendaklah menyemak status permohonan mereka melalui laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-lewatnya pada 17 September 2012. Calon hendaklah menghubungi Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri atau Majlis Peperiksaan Malaysia jika nama calon tiada dalam senarai status dengan kadar SEGERA.

Untuk mendapatkan borangSTPM/K14, klik disini.