Sumber
- Penerbitan
- MEdSI
- Arkib
- Laporan Tahunan
- Laporan Peperiksaan
- Arkib Pengumuman
- STPM Terminal
- Jadual Peperiksaan STPM
- Sukatan Pelajaran STPM
- Peraturan dan Skema Peperiksaan
- Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon STPM 2012
- Tukar/Tambah/Gugur Mata Pelajaran
- Perpindahan Pusat Peperiksaan
- Kegunaan JPN/PPD/Sekolah/Institusi
- Rayuan Penyemakan Semula Kertas Peperiksaan STPM
- Sijil STPM
- Pemberitahuan dan pekeliling yang berkaitan dengan MPM
- Panduan Menggunakan Perkhidmatan SMS
- Tarikh-tarikh penting untuk JPN/Sekolah/Calon
- Maklumat Untuk Setiausaha Peperiksaan
- Maklumat untuk Pegawai JPN
- Maklumat Untuk Calon Persendirian Individu
- FAQ STPM Terminal
- MITPE
- RFP/SRFP
- Laporan Tahunan
- MUnSyI
- Senarai Anugerah MPM
- Statistik Perkhidmatan Online
- Galeri Foto, Audio & Video
Malaysian Information Technology Professional Examination (MITPE)
Pengenalan
MITPE adalah peperiksaan yang dikendalikan untuk mengukur tahap kompetensi profesional teknologi maklumat (IT) di Malaysia. Program pensijilannya adalah sama taraf dengan peperiksaan IT yang dikendalikan oleh JITEC-IPA dari Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri, (METI) Jepun.
Semenjak 2002, Multimedia Technology Enhancement Operations Sdn Bhd (METEOR) (www.meteor.com.my) diberi tanggungjawab mengimplementasikan peperiksaan MITPE di Malaysia. Peperiksaan MITPE dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan telah mula dilaksanakan pada Oktober 2005.
Mengapa MITPE?
MITPE akan menambahkan nilai pengetahuan serta kemahiran dalam IT kepada tenaga pekerja IT di Malaysia. Tenaga pekerja akan menjadi kompetitif dan lebih bersedia menghadapi pasaran global.
Faedah Peperiksaan IT Profesional di Malaysia
- Untuk mendorong pelajar dan pekerja dapat mematuhi standard kemahiran IT dan amalan terbaik sedunia
- Bagi memastikan pelajar siswazah dan pekerja mempunyai pengetahuan asas, kompetensi, dan kemahiran dalam bidang IT yang bertaraf antarabangsa dan ini akan memberi mereka lebih peluang untuk mendapat pekerjaan
Adakah MITPE diiktirafkan oleh industri IT?
Ya. Jawatankuasa IT Skill Standard ditubuhkan untuk memastikan kurikulum IT dan tahap kompetensi professional IT adalah bertaraf tinggi. Ahli jawatankuasa IT merangkumi MOHE, JPA, 17 buah institusi pengajian tinggi awam, Open University Malaysia, SIRIM, PIKOM, MCMC, MDC, MAMPU, dan pihak swasta yang lain.
MITPE juga secara automatik diiktiraf oleh METI, Jepun. Dengan yang demikian, calon yang berjaya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk bekerja di firma Jepun di Malaysia.
Adakah MITPE berfaedah kepada bidang pekerjaan?
Seseorang professional IT yang mempunyai sijil MITPE diiktiraf sebagai professional IT yang berkelayakan.
Siapakah yang patut menduduki peperiksaan ini?
Siswazah dan dewasa yang bekerja/professional IT yang ingin menambahkan kemahiran serta kompetensi IT melalui pensijilan MITPE.
Siapakah yang akan memberi pengiktirafan pada sijil?
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan mengiktirafkan sijil MITPE.