Pendaftaran MUnSyI

Siapakah yang layak memohon?

Calon lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma/Setaraf yang memohon kemasukan ke Universiti Sains Malaysia (USM) akan dipanggil menduduki ujian MUnSyI. Senarai nama calon yang tidak berjaya mendapat tempat di USM akan dihantar kepada UPU untuk proses pemilihan bagi pengambilan oleh IPTA lain (tertakluk kepada permohonan calon ke UPU).


Bagaimanakah cara memohon?

Pihak USM akan menyiarkan iklan berkenaan tawaran permohonan untuk program Ijazah Sarjana Muda. Calon yang berminat boleh membuat permohonan yang dibuka secara atas talian (on-line) di laman web Unit Pengambilan dan Kemasukan Pelajar USM (www.admissions.usm.my).

 

Bagaimanakah cara menyemak status menduduki ujian MUnSyI?

Calon yang memohon program pengajian di USM, perlu menyemak status menduduki ujian MUnSyI di laman web Unit Pengambilan dan Kemasukan Pelajar USM (www.admissions.usm.my) dan portal MPM. Calon perlu mengambil perhatian tarikh semakan status menduduki ujian MUnSyI yang akan dihebahkan oleh pihak USM dan MPM.

 

* Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ujian MUnSyI, sila hubungi Seksyen Pengambilan Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Aras 2 Canselori, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang. Hotline : 1 300 888 876. Laman web Unit Pengambilan dan Kemasukan Pelajar  USM  www.admissions.usm.my .