Pengenalan Kepada MEdSI

            Menurut Holland (1998), keselarasan antara ciri-ciri guru dengan sesuatu kerjaya adalah penentu kepada motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam kerjaya. Menurut Parson (1908, dalam Sidek Mohd Noah, 2005), pemilihan kerjaya yang baik adalah seakan-akan sama dengan memadankan pasak bulat ke dalam lubang bulat atau pasak empat segi ke dalam lubang empat segi. Ini bermakna, terdapat keperluan untuk menentukan "individu yang betul untuk kerja yang betul" diberi perhatian sewajarnya dalam pemilihan calon guru.

 

            Berdasarkan matlamat di atas serta parameter penting kriteria pemilihan guru iaitu personaliti, minat, pencapaian, nilai integriti dan kecerdasan emosi. Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) digunakan untuk tujuan itu.

 

Format MEdSI

           Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu Personaliti (110 item), Minat Kerjaya (60 item), Nilai Integriti (70 item) dan Kecerdasan Emosi (60 item).

 

Tujuan MEdSI

            Instrumen MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pengajian pendidikan di IPTA.

 

Maklumat MEdSI

Judul: MEdSI: Panduan Rasmi

Penulis: Sidek Mohd Noah, Abdul Malek Abdul Karim & Wan Marzuki Wan Jaafar

Penerbit: Oxford Fajar Sdn Bhd

ISBN: 978 983 45 0869 2  

Harga: RM 9.90

Buku ini boleh didapati di semua kedai buku utama.