Maklumat untuk Setiausaha Peperiksaan

TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SETIAUSAHA PEPERIKSAAN SEKOLAH/INSTITUSI

  1. Semasa proses pendaftaran, Setiausaha Peperiksaan Sekolah/Institusi mestilah membaca dan merujuk kepada manual pendaftaran calon sebelum mendaftar calon secara online melalui portal MPM atau www.mesp.gov.my/Online. Manual pendaftaran calon iniboleh dimuat turun dari portal MPM.
  2. Memastikan data pendaftaran sekolah/calon yang di key-in adalah betul dan tepat. Ini bertujuan bagi mengelakkan pembetulan maklumat dikemudian hari.
  3. Mencetak maklumat calon dan membuat semakan dengan teliti sebelum maklumat/data dihantar ke MPM.
  4. Sila gunakan alamat MPM yang betul semasa menghantar sebarang dokumen(jika ada) ke MPM.
  5. Setiausaha Peperiksaan Sekolah juga perlu memaklumkan JPN/MPM dengan segera jika masih terdapat calon Kes Istimewa (Buta, Rabun, Spastik, Sengau, Kurang dengar/pekak dan Bisu) selepas data pendaftaran dihantar ke MPM.
  6. Melayari portal MPM dari semasa ke semasa bagi mengetahui maklumat terkini yang dipaparkan oleh MPM berkaitan dengan peperiksaan STPM.