Maklumat untuk Pegawai JPN

TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PEGAWAI MEJA JPN

 

  1. Sentiasa merujuk kepada Manual Panduan Pendaftaran Calon yang boleh dimuat turun dari sistem MeSP.
  2. Akur dengan tarikh akhir yang ditetapkan oleh MPM tentang segala urusan yang berkaitan dengan pendaftaran.
  3. Mengemaskini maklumat Setiausaha Peperiksaan Sekolah/Institusi bagi urusan pendaftaran.
  4. Menyusun semula pusat-pusat kecil dan mencantumkannya, menentukan bilangan calon bagi sesuatu pusat adalah akur dengan bilangan calon yang ditetapkan  bagi sesuatu pusat tidak melebihi 250 atau tidak kurang daripada 50 orang calon (kecuali bagi sekolah kawasan pedalaman atau kawasan yang dibenarkan sahaja).
  5. Menyemak data pendaftaran sekolah/calon dari segi nama pusat induk, nama pusat menumpang, bilangan calon, dan maklumat yang terdapat dalam STPM/K9(MPM) adalah yang terkini.
  6. Menyegerakan proses pendaftaran calon lewat dan menghantarkannya ke MPM.
  7. Berhubung terus dengan pegawai teknologi maklumat MPM jika menghadapi masalah tentang pendaftaran di talian 03-61302651 (Encik Ghazali bin Arshad), 03-61302654 (Puan Siti Ainon bt Syed Musa) dan 03-61369663 (sambungan : 6990) (Encik Mohd Tharmezy bin Md. Tajuddin) atau 03-61369663 (talian umum).