Bilangan Pelawat:   peta-laman  w3c speaker
   Bigger Reset Smaller
 
Skip to Content

Carian

Semakan Keputusan MUET sesi Mac 2017 boleh dibuat melalui SMS mulai jam 10:01 pagi, 5 Mei 2017. Taip MUET<jarak>RESULT<jarak>No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888. Secara online di www.mpm.edu.my mulai jam 10.00 pagi, 5 Mei 2017. Terima kasih.Calon Persendirian STPM 2017 yang masih belum mempunyai Guru Pembimbing kerja kursus, dipohon untuk menghubungi Majlis Peperiksaan Malaysia dengan Kadar Segera.

Calon Orang Awam Staff MPM

 

 

STPM (P2) 2017 (Bertulis):  hari lagi
STPM (P3) 2017 (Bertulis):  hari lagi
STPM (P3) 2017 (ULBA):  hari lagi
STPM (U1) 2017:  hari lagi
STPM (U2) 2017:  hari lagi
MUET Sesi Julai 2017 (Speaking):  hari lagi
MUET Sesi Julai 2017 (Writing):  hari lagi
MUET Sesi November 2017 (Speaking):  hari lagi
MUET Sesi November 2017 (Writing):  hari lagi

 

RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN MUET MAC 2017

1.Calon yang kurang berpuas hati dengan keputusan MUET yang diperolehi boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan secara online di portal MPM http://www.mpm.edu.my atau url http://webmpm1.mpm.edu.my/muet_ss/.
2.Yuran bagi rayuan penyemakan semula ialah RM70.00. Calon boleh membuat pendaftaran dengan membeli nombor PIN MEC di Bank Simpanan Nasional. Calon juga boleh membuat pembayaran secara online iaitu melalui FPX (dikenakan caj tambahan sebanyak RM2.00) atau melalui Kad Kredit/Kad Debit (dikenakan caj tambahan RM2.50).
3.Tarikh tutup permohonan rayuan penyemakan semula ini ialah seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan bagi setiap sesi.
4.Keputusan rayuan penyemakan semula keputusan ujian MUET boleh disemak di portal MPM http://www.mpm.edu.my selepas 18 hari permohonan lengkap diterima di MPM (hari bekerja). MPM akan mengeluarkan Sijil MUET baharu kepada calon yang berubah keputusan keseluruhan sahaja.

 

KEPUTUSAN MUET SESI MAC 2017


5 MEI 2017


On-line: www.mpm.edu.my
mulai jam 10:00 pagi, 5 MEI 2017

Semak melalui SMS :
taip MUET<jarak>RESULT<jarak>No. K/P dan hantar ke 15888

 

PENDAFTARAN MUET SESI JULAI 2017

  1. Tarikh pendaftaran Malaysian University English Test (MUET) Sesi Julai 2017 adalah dari 15 Mac 2017 hingga 11 Mei 2017.
  2. Pendaftaran adalah secara dalam talian (online). Sila layari portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my untuk mengetahui proses dan cara membuat pendaftaran.
  3. Bayaran untuk ujian ini ialah RM100.00 dengan cara membeli PIN MEC di Bank Simpanan Nasional.
  4. Calon diminta mengambil perhatian bahawa MPM tidak akan menghantar Slip Daftar MUET (MUET/D) kepada calon. Calon dikehendaki menyemak status pendaftaran dan MUET/D melalui portal MPM mulai 9 Jun 2017.
KETUA EKSEKUTIF, MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

PEMBERITAHUAN KERJA KURSUS MATHEMATICS (T) STPM P2 2017


Ralat Manual Kerja Kursus(KK) bagi mata pelajaran Mathematics (T) boleh mula dimuat turun pada 16 Januari 2017.

Sila dapatkan di sini

KALENDAR MUET 2017


Kalendar Peperiksaan MUET 2017.

 

PEMBELIAN PIN MEC 2 KALI ATAU LEBIH


Calon yang telah membeli pin MEC dua kali atau lebih, boleh menuntut kembali wang tersebut dengan menulis surat ke Setiausaha Bahagian Kewangan(KEW), Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor. Sila sertakan bukti-bukti yang berkenaan.

MPM telah dianugerahi Sijil MS ISO 9001:2008 bagi pengurusan STPM dan MUET oleh SIRIM QAS International pada 1 Ogos 2011

 

Previous Next