Fungsi

Aktiviti yang dilaksanakan oleh MPM dalam mengendalikan peperiksaan adalah seperti yang berikut:

  • Menyediakan peraturan dan skema peperiksaan
  • Mengkaji, mengemaskinikan, dan menggubal sukatan pelajaran peperiksaan
  • Menggubal dan menyediakan kertas soalan dan bahan peperiksaan
  • Menyelaraskan pendaftaran calon peperiksaan
  • Menyelaraskan pengendalian peperiksaan dan pemarkahan skrip jawapan calon
  • Memproses dan menyemak keputusan peperiksaan
  • Menetapkan standard kertas dan mata pelajaran serta menganugerahkan keputusan peperiksaan
  • Mentafahus rayuan calon tentang keputusan peperiksaan
  • Melatih kakitangan Urus Setia dan penjawat yang dilantik oleh MPM
  • Mengkaji dan menyelidik perilaku calon dan hal-hal lain yang berkaitan dengan peperiksaan