Fungsi
Aktiviti yang dilaksanakan oleh MPM dalam mengendalikan peperiksaan adalah seperti yang berikut:
- Menyediakan peraturan dan skema peperiksaan
- Mengkaji, mengemaskinikan, dan menggubal sukatan pelajaran peperiksaan
- Menggubal dan menyediakan kertas soalan dan bahan peperiksaan
- Menyelaraskan pendaftaran calon peperiksaan
- Menyelaraskan pengendalian peperiksaan dan pemarkahan skrip jawapan calon
- Memproses dan menyemak keputusan peperiksaan
- Menetapkan standard kertas dan mata pelajaran serta menganugerahkan keputusan peperiksaan
- Mentafahus rayuan calon tentang keputusan peperiksaan
- Melatih kakitangan Urus Setia dan penjawat yang dilantik oleh MPM
- Mengkaji dan menyelidik perilaku calon dan hal-hal lain yang berkaitan dengan peperiksaan