Candidates Public MPM Staff

Change/Addition/Reduction of Subject(s)/Transfer of Examination Centre

Menukar Kertas Atau Mata Pelajaran Atau Menambah Mata Pelajaran

(a)

Jika calon telah mendaftar bagi sesuatu mata pelajaran dan ingin menukar mata pelajaran itu dengan mata pelajaran yang lain selepas tamat tempoh pendaftaran, caj sebanyak RM50.00 akan dikenakan. Penukaran mata pelajaran selepas tamat tempoh pendaftaran hendaklah dikemukakan selewat-lewat sebulan dari tarikh tutup pendaftaran bagi sesuatu penggal yang berkenaan. Calon juga tidak dibenarkan untuk menukar mata pelajaran sekiranya peperiksaan pada penggal yang berkenaan telah diadakan.

(b)

Jika calon ingin menambah mata pelajaran (calon dibenarkan mengambil maksimum lima mata pelajaran sahaja) selepas tarikh pendaftaran ditutup, caj sebanyak RM50.00 akan dikenakan di samping caj bagi mata pelajaran yang ditambah, iaitu sebanyak RM90.00 per mata pelajaran. Penambahan mata pelajaran hanya boleh dibuat pada penggal 1 dan penggal 2 sahaja. Bagi peperiksaan kertas bertulis penggal 1 yang tertinggal (jika calon membuat pendaftaran pada penggal 2 sahaja), calon boleh mendudukinya pada penggal 3.

(c) Calon yang membuat penambahan mata pelajaran pada penggal 2 akan dikehendaki mengambil kertas alternatif bertulis yang menggantikan Kerja Kursus. Namun demikian, jika mata pelajaran yang hendak ditambah tidak menawarkan kertas alternatif bertulis yang menggantikan Kerja Kursus, calon akan dikehendaki melaksanakan kerja kursus Kerja Kursus dan penghantaran kerja kursus Kerja Kursus tersebut akan dilanjutkan pada suatu tarikh yang akan ditentukan oleh MPM kemudian. Mata pelajaran ICT tidak boleh diambil sebagai mata pelajaran tambahan pada penggal 2. Penambahan mata pelajaran selepas tamat tempoh pendaftaran hendaklah dikemukakan selewat-lewat sebulan dari tarikh tutup pendaftaran bagi sesuatu penggal yang berkenaan.
(d) Calon yang mendaftar selepas tarikh keputusan STPM 2014 diumumkan atau calon yang mendaftar lewat kerana gagal memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak dibenarkan untuk menukar atau menambah mata pelajaran yang telah didaftarkan.
(e) Bagi calon yang ingin menggugurkan sesuatu mata pelajaran, bayaran bagi mata pelajaran yang digugurkan itu tidak akan dikembalikan.
(f) Calon tidak dibenarkan untuk menukar atau menggugurkan mata pelajaran sekiranya peperiksaan bagi salah satu kertas untuk mata pelajaran tersebut telah diadakan.
(g)

Calon yang ingin menukar kertas atau mata pelajaran atau menambah mata pelajaran perlu mengisi borang STPM/K14 yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

Untuk mendapatkan borangSTPM/K14, klik disini.

 

Perpindahan Pusat Peperiksaan

(a)

Perpindahan dari satu pusat peperiksaan ke satu pusat peperiksaan yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah. Pemohon hendaklah melengkapkan borang Permohonan Perpindahan Pusat Peperiksaan (STPM/K14) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada laman portal Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri
(b) Permohonan untuk berpindah ke pusat peperiksaan yang lain hendaklah dikemukakan tidak lewat dari 4 minggu sebelum hari pertama peperiksaan bagi sesuatu penggal bermula. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

(c)

Bayaran perpindahan pusat peperiksaan ialah RM50.00 dan dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan.

(d) Calon yang telah diluluskan perpindahan pusat peperiksaan mestilah mengambil peperiksaan di pusat yang baharu dengan menggunakan nombor pusat dan angka giliran yang baharu (LPKC baharu).

(e)

Calon yang masih belum menerima kelulusan perpindahan pusat peperiksaan dalam tempoh seminggu sebelum peperiksaan bertulis bagi sesuatu penggal bermula  hendaklah menghubungi Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri atau Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA.

Untuk mendapatkan borangSTPM/K14, klik disini.