Candidates Public MPM Staff

Pindaan Maklumat Calon

 

(a) 

Calon boleh membuat pindaan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, dan alamat surat menyurat sekiranya terdapat kesilapan pada Penyata Pendaftaran MUET (MUET/PP)Slip Daftar MUET (MUET/D), atau Sijil MUET.

(b)

Calon perlu melengkapkan Borang Pindaan Maklumat Calon (MUET/C9) dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan salinan kad pengenalan dengan kadar segera.

(c)

Permohonan pindaan ini perlu diterima di MPM selewat-lewatnya dua minggu selepas MUET/D dimuatnaik di portal MPM bagi mengelakkan dikenakan caj. Sebarang permohonan yang diterimadua minggu selepas MUET/D dimuatnaik di portal MPM akan dikenakan bayaran RM25.00 per calon.

(d)

Pindaan maklumat akan dilakukan pada Sijil MUET. MUET/D dengan maklumat yang silap sah digunakan untuk menduduki MUET.

Untuk mendapatkan MUET/C9, sila klik di sini.