Candidates Public MPM Staff

State/District Education Departments/Schools/Institutions Usage

                ARAHAN DAN PANDUAN PENDAFTARAN CALON
SIJIL KECEKAPAN BAHASA MELAYU BAGI WARGANEGARA ASING (SKBMW) TAHUN 2017

 

1

SYARAT KELAYAKAN UNTUK MENDUDUKI SKBMW

 

 

 

Pelajar warganegara asing dan pekerja warganegara asing universiti awam (UA) Malaysia dan pelajar warganegara asing dan pekerja warganegara asing institut pendidikan tinggi swasta (IPTS) Malaysia yang sekurang-kurangnya telah berada di Malaysia selama 1 tahun. Dipelawa juga pekerja dan semua pemastautin warganegara asing yang telah bermastatutin di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun di Malaysia.

 

 

2

TEMPOH SAH LAKU

 

 

 

Tiada sebarang tempoh sah laku.

 

 

3

KOMPONEN UJIAN SKBMW

 

 

 

Kertas yang ditawarkan dalam ujian SKBMW meliputi empat kertas seperti yang berikut:

Kod kertas

Nama kertas

600/1

Kemahiran Menulis (90 minit)

600/2

Kemahiran Membaca (60 minit)

600/3

Kemahiran Mendengar (30 minit)

600/4

Kemahiran Bertutur (10 minit)

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Peraturan Am, Sukatan Peperiksaan, Skala Tahap Kecekapan, Format Ujian, dan Soalan Contoh yang dapat diperoleh melalui Portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) http://www.mpm.edu.my dalam slot SKBMW.

 

 

4

BAYARAN UNTUK MENDUDUKI UJIAN

 

 

 

(a)

Bayaran untuk menduduki ujian SKBMW pada kali pertama adalah seperti yang berikut:

Yuran asas

 RM 60.00

Yuran kertas 600/1 Kemahiran Menulis

 RM 30.00

Yuran kertas 600/2 Kemahiran Membaca

 RM 30.00

Yuran kertas 600/3 Kemahiran Mendengar

 RM 30.00

Yuran kertas 600/4 Kemahiran Bertutur

 RM 30.00

Jumlah

RM180.00

 

(b)

Bagi pendaftaran kali pertama, calon dikenakan caj tambahan RM20.00 bagi Kit Pembelajaran yang dibekalkan.

 

 

 

 

(c)

Calon dikehendaki mengambil keempat-empat komponen ujian bagi kali pertama.

 

 

 

 

(d)

Bayaran bagi calon yang mengulang adalah seperti yang berikut:

Yuran asas

 RM 60.00

Yuran bagi setiap kertas yang diulang

 RM 30.00

 

(e)

Bayaran perlu dibuat dengan cara membeli PIN daripada kad debit atau kad kredit. Maklumat lanjut sila layari portal MPM  http://www.mpm.edu.my.

 

 

 

 

(f)

Bayaran yang telah dibuat akan terpapar pada Penyata Pendaftaran SKBMW (SKBMW/PP) untuk rujukan calon selepas pendaftaran secara online.

 

 

 

 

(g)

Bayaran pembelian PIN tidak akan dikembalikan sekiranya calon gagal mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan. PIN yang telah dibeli itu juga tidak boleh digunakan untuk mendaftar SKBMW sesi yang berikutnya.

 

 

 

5

CARA PENDAFTARAN CALON SKBMW

 

 

 

 

5.1

Calon institusi

 

 

 

 

 

(a)

Pendaftaran calon institusi adalah secara online melalui portal MPM dalam slot SKBMW. Calon boleh serta-merta mencetak SKBMW/PP sebagai bukti pendaftaran.

 

 

 

 

 

 

(b)

Institusi hendaklah memaklumkan nama pegawai yang bertanggungjawab terhadap SKBMW di institusi kepada MPM.

 

 

 

 

 

 

(c)

Taklimat tentang kaedah pendaftaran kepada semua Pegawai yang bertanggungjawab terhadap SKBMW di institusi akan diberikan oleh MPM.

 

 

 

 

 

 

(d)

Pihak institusi juga boleh mendapatkan maklumat tentang pendaftaran calon SKBMW untuk institusi melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(e)

Pegawai yang bertanggungjawab terhadap SKBMW di institusi hendaklah mengurus pendaftaran institusinya dengan mengambil tindakan yang berikut:

 

 

 

 

 

 

 

(i)

Mengisi data maklumat pendaftaran calon bagi institusinya yang ingin menduduki SKBMW

 

 

 

 

 

 

 

 

(ii)

Mengenal pasti calon kurang upaya dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota spastik, pendengaran,  sengau, pertuturan atau ketidakupayaan yang lain dan mendaftarkannya bersama-sama calon lain tetapi pemberitahuan bahawa calon tersebut adalah calon istimewa dan keistimewaan yang dipohon adalah seperti pada para 6 CALON ISTIMEWA

 

 

 

 

 

 

 

 

(iii)

Memastikan nombor PIN MEC BSN, PIN KAD DEBIT, atau PIN KAD KREDIT yang telah diperoleh calon institusi yang ingin menduduki SKBMW

 

 

 

 

 

 

 

 

(iv)

Menyemak SKBMW/D bagi calon institusinya dan memastikan SKBMW/D dicetak oleh calon sebagai tiket untuk menduduki ujian

 

 

 

 

 

 

 

 

(v)

Memaklumkan maklumat calon institusi yang tercicir kepada Majlis Peperiksaan Malaysia jika terdapat calon yang telah didaftarkan tiada dalam semakan SKBMW/D dengan kadar SEGERA

 

 

 

 

 

 

 

 

(vi)

Mematuhi tarikh akhir pendaftaran dibuka dan penghantaran maklumat pendaftaran/bahan/dokumen pendaftaran yang berkaitan seperti yang telah ditetapkan oleh MPM

 

 

 

 

 

 

5.2

Calon persendirian institusi

 

 

 

 

 

 

 

(a)

Pendaftaran calon persendirian individu dibuat secara online melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.

 

 

 

 

 

 

(b)

Calon persendirian individu dikehendaki mendapatkan maklumat tentang pendaftaran SKBMW melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.

 

 

 

 

 

 

(c)

Calon boleh memilih pusat ujian yang dikehendaki semasa membuat pendaftaran secara online tetapi kelulusan adalah tertakluk kepada MPM yang berhak untuk memindahkan calon persendirian individu ke pusat lain selain daripada yang telah dipilih.

 

 

 

 

 

 

(d)

Calon yang kurang upaya dari segi penglihatan seperti buta, rabun, atau ketidakupayaan dari segi anggota/spastik, atau ketidakupayaan dari segi pendengaran seperti kurang dengar/pekak atau ketidakupayaan dari segi pertuturan seperti sengau atau ketidakupayaan yang lain juga mendaftar secara online tetapi pemberitahuan bahawa calon tersebut adalah istimewa dan keistimewaaan yang dipohon adalah seperti tindakan pada para 6 CALON ISITMEWA.

 

 

 

 

6

CALON ISTIMEWA

 

 

 

 

 

(a)

Calon istimewa dari segi penglihatan (buta atau rabun), anggota (spastik), pendengaran (kurang dengar/pekak), pertuturan (sengau), dan selain daripada yang dinyatakan hendaklah dimaklumkan kepada MPM selewat-lewatnya pada 31 Julai 2017.

 

 

 

 

(b)

Maklumat tentang ketidakupayaan dan keistimewaan yang dipohon hendaklah dimaklumkan dengan jelas dan lengkap dalam borang SKBMW/C5 atau SKBMW/C6 (mana-mana yang berkenaan) mengikut jenis ketidakupayaan yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM  http://www.mpm.edu.my.  Sila sertakan salinan dokumen sebagai bukti ketidakupayaan yang dialami seperti laporan perubatan, Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan pengesahan Pegawai yang bertanggungjawab terhadap SKBMW di institusi (jika calon institusi).  Kemudahan yang boleh diberikan kepada calon istimewa hanya akan dipertimbang jika borang SKBMW/C5 atau SKBMW/C6 (mana-mana yang berkenaan) diterima oleh MPM.

 

 

 

 

(c)

Borang SKBMW/C5 atau SKBMW/C6 dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM www.mpm.edu.my.

 

 

 

7

PENYATA PENDAFTARAN CALON SKBMW (SKBMW/PP)

 

 

 

 

(a)

Butiran pendaftaran awal calon boleh disemak melalui penyata pendaftaran calon SKBMW/PP.  Bagi calon institusi, jika terdapat sebarang pindaan pada nombor pasport atau ejaan nama, sila kemukakan pindaan tersebut kepada Pegawai yang bertanggungjawab tentang SKBMW di institusi untuk dikemaskinikan.  Pihak institusi dan calon persendirian individu hendaklah mencetak dan menyimpan dalam format pdf SKBMW/PP sebagai bukti pendaftaran telah berjaya.  Pendaftaran SKBMW masih belum lengkap/tidak berjaya sekiranya SKBMW/PP gagal dicetak/disimpan.

 

 

 

 

(b)

Calon persendirian individu perlu mengemaskinikan butiran pendaftaran sendiri secara online tetapi pengemaskinian tersebut hanya dihadkan sebanyak dua kali sahaja sepanjang tempoh pendaftaran dibuka.

 

 

 

 

(c)

Pengemaskinian maklumat pendaftaran secara online hanya boleh dilakukan sepanjang tempoh pendaftaran dibuka sahaja.  Selepas tarikh tutup pendaftaran, Pegawai yang bertanggungjawab terhadap SKBMW di institusi dan calon persendirian perlu memohon pindaan maklumat secara manual dengan mengemukakan Borang Pindaan Maklumat Calon (SKBMW/C9) ke MPM dengan menyertakan bersama-sama salinan muka depan pasport dan SKBMW/PP yang silap tersebut tanpa dikenakan bayaran jika dapat dikesan sebelum 30 Ogos 2017.  Pindaan maklumat ini akan dilakukan pada SKBMW/D kelak.

 

 

 

 

 

Borang SKBMW/C9 dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM  http://www.mpm.edu.my.

 

 

 

8

TARIKH PENDAFTARAN DAN TARIKH UJIAN

 

 

 

 

Maklumat tentang tarikh pendaftaran dan tarikh ujian terdapat pada Jadual Waktu Ujian yang boleh diperoleh dan dicetak daripada portal MPM http://www.mpm.edu.my.

 

 

 

9

ANGKA GILIRAN CALON DAN PUSAT UJIAN

 

 

 

 

(a)

Angka giliran calon bagi semua calon ditetapkan oleh MPM.  Angka giliran calon ini akan diberitahu melalui Slip Daftar SKBMW (SKBMW/D).

 

 

 

 

(b)

Penempatan calon persendirian individu di sesebuah pusat ujian adalah tertakluk kepada kelulusan MPM.  MPM berhak untuk memindahkan calon persendirian individu ke pusat lain selain daripada yang telah dipilih.

 

 

 

 

(c)

MPM juga boleh menumpukan calon institusi di pusat lain jika difikirkan bilangan calon di institusi tersebut tidak ekonomik dari segi pengendalian ujian.  Namun demikian, pertimbangan ini perlu mengambil kira beberapa faktor seperti kedudukan geografi/lokasi dan latar belakang calon di institusi tersebut.  Namun demikian, perbincangan perundingan dengan pegawai yang bertanggungjawab terhadap SKBMW di institusi yang berkenaan perlu dibuat sebelum tindakan ini diambil.

 

 

 

10

SLIP DAFTAR SKBMW (SKBMW/D)

 

 

 

 

(a)

Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki SKBMW akan diberitahu kepada calon dalam SKBMW/D melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my mulai 15 Ogos 2017.  Jika maklumat calon tiada dalam semakan SKBMW/D, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA. Bagi calon institusi, sila hubungi MPM Malaysia melalui pegawai yang bertanggungjawab terhadap SKBMW di institusi masing-masing.

 

 

 

 

(b)

Calon perlu mencetak SKBMW/D sendiri dan membawanya ke pusat ujian pada hari ujian sebagai tiket untuk menduduki ujian.

 

 

 

 

(c)

Calon dikehendaki menyemak maklumat SKBMW/D bagi memastikan semua maklumat adalah betul.  Sekiranya terdapat kesilapan maklumat, sila lengkapkan Borang Pindaan Maklumat Calon (SKBMW/C9) dan hantarkan ke MPM dengan kadar segera.  Permohonan yang dihantar dua minggu selepas SKBMW/D dikeluarkan akan dikenakan sebanyak RM50.00.

 

 

 

 

(d)

Calon hendaklah memastikan bahawa ejaan nama dan nombor pasport yang betul tertera pada SKBMW/D.  Calon hendaklah menggunakan nombor pasport yang sama semasa ujian kelak.  Sebarang kesilapan akan menimbulkan salah faham dengan Pengawas ujian kelak dan akan menyusahkan calon sendiri.

 

 

 

 

(e)

Calon juga perlu menyemak angka giliran, pusat menduduki ujian, tarikh, dan waktu ujian.

 

 

 

 

(f)

Calon boleh menyemak status pendaftaran melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip SKBMW<jarak>INFO<jarak>Nombor pasport dan hantar ke 15888.

 

 

 

11

PINDAAN MAKLUMAT CALON

 

 

 

 

(a)

Calon hendaklah menyemak maklumat pendaftaran pada SKBMW/PP yang boleh dicetak dan disimpan dalam format pdf sebaik sahaja melengkap pendaftaran online bagi memastikan semua maklumat adalah betul.  Sekiranya terdapat maklumat  yang silap,  calon boleh mengemaskinikan maklumat tersebut secara online sebanyak dua kali sepanjang tempoh pendaftaran dibuka.

 

 

 

 

(b)

Sekiranya calon gagal mengemaskinikan maklumat dalam tempoh pendaftaran dibuka, maka calon hendaklah melengkapkan Borang Pindaan Maklumat Calon (SKBMW/C9) yang boleh dicetak daripada portal MPM http://www.mpm.edu.my dan menghantarnya ke MPM [u.p.:  Setiausaha Bahagian (Bahagian Pengendalian Kompetensi)] melalui pegawai yang bertanggungjawab terhadap SKBMW di institusi dengan kadar segera.  Permohonan pindaan dalam tempoh ini tidak dikenakan bayaran dan calon juga mendapatkan SKBMW/D kelak dengan semua maklumat yang telah dipinda.

 

 

 

 

(c)

Permohonan pindaan maklumat yang diterima dua minggu selepas SKBMW/D dimuat naik di portal MPM, iaitu 30 Ogos 2017, akan dikenakan bayaran RM50.00SKBMW/D dengan maklumat yang silap sah digunakan untuk menduduki SKBMW.  Pindaan maklumat juga hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pengawas di pusat ujian untuk dicatatkan dalam buku Rekod Pengawasan.  Pindaan hanya akan dibuat pada Sijil SKBMW yang akan dikeluarkan kelak.

 

 

 

 

(d)

Calon hendaklah menggunakan nombor pasport yang sama semasa ujian kelak.  Sebarang kesilapan akan menambahkan salah faham dengan Pengawas ujian kelak dan akan menyusahkan calon sendiri.

 

 

 

 

(e)

Bagi permohonan pindaan maklumat selepas Penyata Keputusan SKBMW diumumkan/Sijil SKBMW dicetak, calon perlu memohon salinan sijil SKBMW dengan mengemukakan Borang Permohonan Salinan Sijil SKBMW (SKBMW/S2) dengan sertakan bayaran sebanyak RM50.00 serta melengkapkan borang SKBMW/C9 (tanpa bayaran).

 

 

 

 

 

Borang SKBMW/S2 dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM  http://www.mpm.edu.my .

 

 

 

12

PERPINDAHAN PUSAT UJIAN

 

 

 

 

(a)

Perpindahan dari satu pusat ke satu pusat ujian yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah dengan disertakan bukti yang berkenaan untuk menyokong permohonan.  Permohonan untuk berpindah pusat ujian dalam bandar yang sama tidak dibenarkan.  Pemohon hendaklah melengkap borang Perpindahan Pusat Ujian (SKBMW/C2) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM http://www.mpm.edu.my.  Permohonan hendaklah dihantar ke MPM [u.p.: Setiausaha Bahagian (Bahagian Pengendalian Kompetensi)].

 

 

 

 

 

Borang SKBMW/C2 dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM http://www.mpm.edu.my.

 

 

 

 

(b)

Bayaran perpindahan pusat ujian ialah RM50.00 dan dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.  Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan.

 

 

 

 

(c)

Tarikh tutup permohonan perpindahan pusat ujian ialah pada 15 September 2017.  Status permohonan perpindahan pusat ujian boleh disemak di portal MPM  http://www.mpm.edu.my .

13

PENARIKAN DIRI

 

 

 

 

(a)

Calon yang menarik diri daripada menduduki SKBMW dikehendaki mengisi Borang Calon Menarik Diri (SKBMW/C4) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM http://www.mpm.edu.my.  Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke MPM bersama dengan surat buktinya sekali sebelum calon menduduki kertas ujian SKBMW yang pertama.

 

 

 

 

 

Borang SKBMW/C4 dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM  http://www.mpm.edu.my .

 

 

 

 

(b)

Calon yang menarik diri daripada menduduki ujian tidak akan dikembalikan yuran ujian kecuali calon yang sakit berpanjangan (surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan hendaklah dikemukakan) atau calon yang meninggal dunia (salinan surat Perakuan Kematian oleh warisnya).

 

 

 

 

(c)

Pada dasarnya, calon yang memohon untuk menangguh daripada menduduki ujian adalah tidak akan dilayan, namun pihak institusi boleh menasihati calon untuk mengemukakan rayuan kepada MPM [u.p. Setiausaha Bahagian (Bahagian Pengendalian Kompetensi)] untuk tindakan selanjutnya.

 

 

 

14

KEPUTUSAN SKBMW

 

 

 

Keputusan SKBMW bagi calon institusi akan dihantar kepada Pegawai yang bertanggungjawab terhadap SKBMW di institusi berkenaan, manakala bagi calon persendirian individu, keputusan akan dihantar melalui pos.

 

 

 

Calon juga boleh menyemak keputusan ujian melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my atau melalui SMS dengan menaip SKBMW<jarak>KEPUTUSAN<jarak>Nombor pasport dan hantar ke 15888.

 

 

15

RAYUAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN SKBMW

 

 

 

Calon boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan ujian SKBMW.  Caj bagi rayuan menyemak semula keputusan ujian SKBMW ialah RM50.00 per komponen.  Tarikh tutup rayuan semak semula ini ialah 3 minggu selepas tarikh Penyata Keputusan ujian SKBMW diumumkan.  Pemohon hendaklah melengkapkan borang Penyemakan Semula Keputusan (SKBMW/PS1) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM dan hendaklah dihantar ke MPM [u.p. Setiausaha Bahagian (Bahagian Pengendalian Kompetensi)].  Maklumat lanjut tentang rayuan penyemakan semula keputusaan ujian SKBMW dapat diperoleh melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my.

 

 

16

KEHILANGAN SIJIL SKBMW

 

 

 

(a)

Calon yang kehilangan sijil SKBMW boleh memohon untuk mendapatkan Salinan Sijil SKBMW.

 

 

 

 

(b)

Salinan Sijil SKBMW ialah salinan kepada Sijil SKBMW yang asal.  Calon perlu melengkapkan borang Permohonan Salinan Sijil SKBMW (SKBMW/S2) dan menghantarnya ke MPM bersama-sama dengan bayaran sebanyak RM50.00 yang dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

 

 

 

 

 

Borang SKBMW/S2 dapat diperoleh dan dicetak daripada portal MPM  http://www.mpm.edu.my.

 

 

 

 

(c)

Salinan Sijil SKBMW akan dipos kepada calon seminggu selepas permohonan yang lengkap diterima di MPM.

 

 

 

17

PANDUAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN SMS

 

 

1.

Panduan Menyemak Maklumat Pendaftaran SKBMW Menggunakan Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)

2.

Panduan Menyemak Keputusan SKBMW Menggunakan Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)