Arkib Pengumuman

«Back

PENDAFTARAN ONLINE BAGI CALON STPM 2011 YANG GAGAL KE IPTA

Tarikh pendaftaran online bagi calon yang ingin memperbaiki keputusan STPM pada tahun 2012 sahaja akan dibuka mulai 26 Julai hingga 3 Ogos 2012. Bagi tujuan pendaftaran ini, calon yang berkenaan perlu membeli PIN MEC daripada Bank Simpanan Nasional dan membuat pendaftaran secara online di http://www.mesp.gov.my/online. Caj mengikut mata pelajaran bagi tujuan pembelian PIN MEC adalah seperti yang berikut:


Bil.
Bilangan Mata Pelajaran yang Didaftarkan Jumlah (RM)
(a) 1 mata pelajaran 90.00
(b) 2 mata pelajaran 125.00
(c) 3 mata pelajaran 160.00
(d) 4 mata pelajaran 195.00
(e) 5 mata pelajaran 230.00


Nota: BSN akan mengenakan caj sebanyak RM1.00 bagi setiap pembelian nombor PIN MEC.